Wednesday, March 3, 2010

Masa Genting PKR

Panas, panas, panas!
Dalam masa-masa sebegini, aku faham perasaan kawan-kawan pendokong PKR khususnya dan PR umumya. Masing-masing tentu marah, kecewa, rasa dikhianati, dan hilang keseronokan nak bercerita pasal politik. Satu demi satu MP PKR keluar parti. Sementara bagi pendokong UMNO dan BN yang fanatik (baca:totok), mereka sekarang ini tentu bersorak riang macam orang kena loteri. Aku kata bersorak riang macam orang kena loteri sebab dalam kepala rata-rata pendokong UMNO BN jenis ini mana ada istilah cara nak dapatkan sesuatu mesti betul. Bagi kebanyakan mereka cara apa-apa tak kisah, yang penting mereka dapat mecapai matlamat tersebut. Bagi mereka matlamat menghalalkan cara, yang penting soru kena jaga. Mereka tak pernah persoalkan kenapa setiap MP PKR yang nak keluar ni mesti jumpa DS Najib terlebih dahulu atau orang kuat beliau. Takkan saja nak jumpa untuk minum teh kat pejabat DS Najib saja. Tentulah minda yang sihat boleh meneka dengan betul tujuan kedatangan mereka.

Apa nak jadi dengan Ahli Parlimen PKR ni. Dengar cerita Datuk Salehudin Hashim (Bekas Setiausaha PKR yang dah melompat) ada 10 lagi MP PKR akan melompat parti. Berikut merupakan senarai MP PKR yang sudah melompat keluar dari PKR dan menjadi MP Bebas Mesra BN.

Kerusi Parlimen
1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai – Mohsin Fadzli Samsuri

Kerusi DUN
1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah

Sementara itu, dua orang lagi iaitu MP PKR iaitu Zulkefli Nordin (Kulim Badar Baru) dan Wong Wee Keong (Wangsa Maju – kalau tidak silap) dijangka (rumus bertiup kencang) akan turut keluar satu dua hari lagi.

Walaupun bukan ahli PKR (hanya antara simpatisme PKR) aku mengikuti berita ini dengan perasaan bercampur-campur. Aku gembira kalau benar tindakan mereka akan membersihkan sampah sarap yang ada dalam PKR. Dari kenyataan akhbar (tidak disiarkan oleh media arus Perdana) Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), rata-rata daripada mereka mempunyai masalah peribadi, masalah dengan SPRM, dan masalah dengan kepimpinan. DS Anwar juga telah mengambil tanggungjawab dengan mengakui kesilapan beliau semasa memilih mereka sebagai calon pilihanraya. Yang tidak seronokya jika betul-betul 10 orang MP PKR akan melompat keluar dan menyokong BN, seterusnya membolehkan BN menguasai majoriti 2/3 di parlimen. Malanglah nasib rakyat Malaysia yang menginginkan dasar-dasar kerajaan yang telus, berintegriti dan betul-betul berjuang membela rakyat.

Yang kelakarnya apabila melompat keluar masing-masing akan memberikan alasan beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan melayu dan Islam. Nak ketawa, nak muntah, nak terkencingpun ada bila dengar kenyataan tersebut. Macamlah UMNO BN tu betul-betul memperjuangkan politik, ekonomi dan kedaulatan melayu dan islam. Mungkin aku silap tentang ini, tetapi dari apa yang berlaku, banyak kepentingan Melayu dan Islam yang dilelong oleh gerombolan (tiru ayat Hishamudin Rais) ini. Sebutlah pasal tanah rizab melayu, bahasa melayu, tulisan jawi, pendidikan melayu dan sebagainya…semuanya diniagakan (baca: dirompak) oleh gerombolan dan konco-konconya.

Pada aku, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Pemimpin UMNO BN bolehlah dianggap sebagai tupai tersebut. Sebenarnya senario yang berlaku dalam PRU lalu adalah kesan gelojoh BN juga. Apabila undi melayu banyak beralih kepada Barisan Alteratif dalam PRU 1999 kerana kes DS Anwar, mereka mengkhianati orang Melayu dengan membuat persempadanan semula yang mewujudkan banyak kawasan campuran. Kawasan campuran bermakna kawasan yang tiada dominan mana-mana kaum. Contohnya jumlah pengundi di kawasan tersebut adalah Melayu 40%, Cina 30% dan India 10%. Menurut statistik pilihanraya 1999, lebih 50% pengundi menyokong pembangkang tetapi BN masih mengekalkan majoriti 2/3 kerana sistem kerusi parlimen di Malaysia tidak mencerminkan situasi sokongan pengundi sebenar. Itulah sebabnya, selepas persempadanan semula, dalam PRU tahun 2002 (era Pak Lah kononnya), mereka menang bergaya – sehinggakan PKR tinggal satu kerusi sahaja.

Kini kerana ‘kepandaian’ mereka itu, apabila berlaku penolakan di kalangan majoriti masyarakat Cina dan India terhadap UMNO BN, dan penerimaan mereka terhadap calon PR dari PKR, DAP dan PAS, maka BN hilang kekuasaan di kawasan campuran ini. Akhirnya UMNO BN hilang majoriti 2/3 di parlimen.

Mudah-mudahan usaha BN untuk mendapat majoriti 2/3 dalam parlimen, seterusnya membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk PRU akan datang tidak akan berhasil. Apabila mereka berjaya membuat persempadaan semula, aku fikir gelap le masa depan PR...

No comments:

Post a Comment