Wednesday, January 27, 2010

Haa aku kena tukar ke... (don't be sad)

Kini, isu guru akan ditukarkan ke sekolah lain seperti agak reda di sekolah aku. Namun sebarang perbincangan mengenainya tetap mengundang minat dan spekulasi. Di sekolah aku, walaupun 6 orang guru telah digerakkan ke sekolah lain (dalam daerah yang sama) pada suku tahun ketiga 2009 lalu, namun isu ini masih berlanjutan. Kini, lantaran jumlah bilangan kelas yang berkurangan daripada tahun lepas, dianggarkan kami masih mempunyai lebihan penawaran guru seramai 4 atau 5 orang. Kadar ini melebihi kadar semalaman yang ditetapkan oleh Kementerian. Situasi ini sebenarnya turut mengundang sisi negatif bila mana konsentrasi guru turut tergugat dan akhirnya minat mengajar akan ditutup bercampur-campur. Masing-masing turut suspen menunggu-nunggu kalau-kalau nama masing-masing akan up dan terpaksa mengucapkan sayonara pada sekolah ini. Masing-masing berdoa semoga berada di sepanjang keluk permintaan dan penawaran di bahagian bawah atau betul-betul berada di titik keseimbangan. Ketidakrelaan akan ditukarkan ke sekolah lain ini tidak mungkin disebabkan mereka terlalu fanatik dan kasih sayang tahap tinggi terhadap sekolah ini. Aku percaya kalau dihantar balik ke negeri masing-masing, pasti masing-masing akan menjerit hore hore kegembiraan dua tiga hari. Banyak faktor yang menyebabkan pertukaran ini tidak dialu-alukan - daripada faktor kos hinggalah ke faktor sosial dan alam sekitar.


Daripada pengalaman rakan-rakan guru yang pernah merasai perkara ini,masing-masing mengakui bahawa apabila kita ditukarkan ke sekolah lain sebagai guru biasa (tanpa kita memohon dan tanpa apa-apa jawatan naik pangkat), minda dan hati kita dengan sendirinya terbeban dengan sindrom ‘guru buangan’ atau dalam bahasa ekonominya disebut barang giffen. Cis, siapa yang sudi dan rela menanggung imej yang tak macho tersebut. Sementara Pengetua (tidak semua) di sekolah baru, dengan segera akan mengumpul informasi berkaitan kita untuk membuat judgement. Kalau mereka mendapat info yang kita ni teruk, maka dengan andaian cateris peribus, maka negatiflah kita dari pandangan mereka (mungkin daripada mula sampai le kita atau dia berpindah ke sekolah lain). Bukan senang hendak menaikkan ranking dan permintaan kita apabila sudah dinilai daripada nilai negatif sebegitu. Kalau info yang diperolehi positif, bolehlah kita bernafas. Tak ada le yang hendak mengendap-gendap time kita sedang mengajar, atau sekejab-sekejab berpura lalu-lalang sampai berkali-kali.

Aku fikir pertukaran guru dari satu sekolah ke sekolah lain perlu diberi dimensi baru. Sebenarnya tiada apa yang hendak dimalukan apabila ditukarkan ke sekolah lain. Ia proses biasa (biasa macam harga barang naik di era BN memerintah). Bahkah penghijrahan ini ada banyak baiknya, sekurang-kurangnya kita dapat menimba pengetahuan dan pengalaman baru. Ini akan dapat meningkatkan nilai sesaham kita.

Daripada pengalaman lalu, ada Pengetua yang rasional dan profesional menerima guru yang dipindahkan dengan berlapang dada dan mengamalkan ‘sekolah baru, buku (akaun) baru’. Kalau kita pandai membawa diri - memanfaatkan sumber yang terhad menjadi sesuatu yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak sekolah, kita akan sukses. Buktinya, ramai rakan-rakan guru yang dianggap dibuang daripada sekolah lain akhirnya menjadi terbilang di sekolah baru tersebut. Mereka ini menjadi penggerak sekolah, seterusnya menyandang jawatan-jawatan di sektor-sektor penting di sekolah. Justeru menyentuh isu ini, di sini catatan seorang guru senior mungkin boleh kita jadikan renungan.

Di Sekolah Mana Pun Anda Ditempatkan, Di Situlah Ruang Dan Di Situlah Peluang

ANDA harus tahu mengapa anda ditempatkan di sesebuah sekolah. Sama ada anda sebagai barisan pentadbir, guru atau pelajar anda sebenarnya telah dipilih Tuhan untuk berada di sekolah itu. Tentu ada sebabnya mengapa Tuhan menempatkan anda dan saya di situ, bukannya orang lain. Bukankah ini janji Tuhan untuk meletakkan bebanan ke atas seseorang menurut kadar kemampuan masing-masing.

Walau apa pun sebabnya, anda harus berfikir positif bahawa di sinilah anda diberikan tempat, ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk menempah kejayaan demi kejayaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain, sekolah, keluarga dan rakan-rakan. Lebih jauh dari itu kejayaan anda itu turut memberi manfaat kepada agama, bangsa, negara dan dunia sama ada secara langsung atau tidak. Kita hanya menjadi penting dan berguna apabila kita bermanfaat untuk orang lain. Semua orang patut tahu tentang itu. Sebab itu kita tidak sepatutnya bersendirian di sekolah di mana kita ditempatkan dan menurut cara-cara serta kemahuan kita sahaja.

Kita sewajarnya berkongsi matlamat dan hasrat yang serupa untuk menjulang sekolah kita ke arah yang lebih cemerlang.Ini tidak mustahil kerana banyak sekolah yang telah berjaya melakukannya. Kita tidak patut berterusan mendendangkan syair nestapa apabila mendengar stigma negatif yang selalu dikaitkan dengan sekolah kita. Kita tidak boleh menutup apa yang orang lain kata tentang kita, tetapi kita sendirilah yang lebih tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekolah. Jika imej negatif yang dikaitkan dengan sekolah kita itu benar, kitalah sebagai warga sekolah yang setia dan bertanggungjawab memadamkan imej itu. Sebaliknya, jika stigma negatif yang dikaitkan dengan sekolah kita itu tidak benar, sama-samalah kita menolaknya bukan turut serta terhibur dalam kerja-kerja gila dan buang masa ini.Tentulah tidak wajar jika kita sebagai warga sesebuah sekolah turut bersekongkol dengan mereka yang di luar dalam memperlekeh sekolah. Kita patut menunjukkan kesetiaan yang tinggi kepada sekolah. Pegangan kita ialah, benar atau salah, buruk atau baik, ini adalah sekolah kita.Dan di bahu kitalah terpikul tanggungjawab untuk mewarnakannya, sama ada putih atau kelabu atau lebih berwarna warni. Sebenarnya bagi kita yang berada di dalamnya, sekolah kita bukanlah seperti yang digambarkan. Sekolah kita jauh lebih baik daripada apa yang orang lain sangkakan. Untuk mencapai semua ini kita tidak perlu menyediakan alasan, tetapi yang lebih diperlukan di sini ialah semangat dan tindakan untuk kita mengatur langkah sederap dan berkongsi cita-cita murni ini.

Jika kita guru, di hadapan kita ada sekumpulan pelajar yang sangat dahagakan bimbingan dan tunjuk ajar kita. Mereka adalah peluang dan ruang untuk kita mencipta sebanyak mungkin kejayaan. Kejayaan pelajar adalah kejayaan kita dan kegagalan mereka adalah kegagalan kita juga. Jadi kita tiada pilihan lain selain bertanggungjawab atas semua kerja buat kita yang sedikit sebanyak akan menimbulkan implikasi yang tidak sedikit kepada semua pencapaian sekolah dan warganya . Jangan disebabkan seorang dua pelajar yang tidak serius belajar dan selalu melanggar disiplin, kita melupakan ribuan yang lain yang masih mahukan bimbingan kita.

Jika anda sebagai pelajarnya, di sinilah sebenarnya wadah yang telah ditentukan buat anda memainkan peranan dan tanggungjawab bagi memenuhi impian sendiri; harapan ibu bapa dan matlamat sekolah. Semua yang ada di sini dan di rumah sentiasa mendoakan kejayaan anda. Dalam mengharungi hari-hari penting di sekolah, anda tidak akan dibiarkan berseorangan. Anda ada Pengetua, Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan dan para guru yang sungguh pun garang tetapi dalam hati kecil mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan anda dan mengharapkan anda berjaya.

Bukankah kejayaan anda adalah kejayaan para guru di sini, kejayaan ibu bapa dan kejayaan sekolah juga.

Akhirul kalam, selamat bertugas walau di mana anda/kita berada. Di mana-manapun kita adalah rakan guru!

Friday, January 15, 2010

Lelaki di Mata Seorang Perempuan

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…

Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect

Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia. Mereka dah plan.

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…

Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang

Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam

Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?