Thursday, March 19, 2009

PTK 2009

Selamat menduduki peperiksaan PTK buat semua rakan-rakan yang terlibat. Ingat, peperiksaan inilah sebenarnya peperiksaan untuk kita. Dalam SPM atau STPM atau PMR, kita memperturunkan ilmu kat murid-murid, dan murid-murid tersebut yang berhadapan dengan peperiksaan tersebut. Kalau mereka dapat A, itu sebenarnya memang hak mereka. Kita dah dapat gaji, dan gaji tu memang dibayar untuk memandaikan mereka.

Namun PTK adalah peperiksaan kita. Kita diuji sama ada kita ni seorang guru yang berilmu, guru yang sedang tidur atau guru sombong bodoh. Kah! Kah! Pada aku kalau guru tu dapat 3,3 kira oklah. Dia seorang yang berilmu. Kalau dapat 4,4 sah dia memang guru hebat (berteori). Tapi kalau dapat kurang daripada itu? Sah, penyakit ujud dah menguasasi dia. Dia rasa dia hebat tapi dia tidak tahu apa kerja dia rupanya... Fikir-fikirkanlah....

2 comments:

  1. Kalu dapat IV-IV pun tidak semestinya dia hebat dalam kerja. Dan kalau dapat I-I skali pun dalam PTK tidak semestinya dia tak hebat dalam kerja. Cuba Cikgu Skema tengok diri cikgu sendiri, adakah Cikgu hebat sangat dalam kerja setelah mendapat IV-IV dalam TK1 dulu?? Berapa ramai cikgu2 lain yang respect kat Cikgu Skema dalam kerja?? So, fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  2. To Cikgu Sempoi
    Tq atas respond. Dalam dunia idealis memang individu cemerlang akan diukur berdasarkan kecemerlangan semasa melaksanakan kerja. Namun ukuran cemerlang itu terlalu subjektif dan lain orang lain ukurannya (walaupun ada garis panduannya). Dalam dunia realiti, terutamanya dalam era SSM, kakitangan yang cemerlang akan diukur dari keputusan PTK, penilaian prestasi tahunan dan recommendation dari pentadbir. So, lazimnya orang yang lulus PTK 4,4 akan menerima anjakan gaji kerana dianggap mencapai tahap kecekapan yang cemerlang. Begitu juga, sesetengah kakitangan juga dianggap cemerlang dan diberi APC tetapi ia hanya pencapaian semasa (tahunan) dan dihadiahkan RM 1000, cuti dan sijil (kalau tidak salah). So, ini fakta. Kita kena akur.Dalam hal pekerjaan sebenar, mungkin lain yang berlaku.

    Perkara ini sama juga dengan persoalan adakah guru cemerlang atau pengetua cemerlang memang betul-betul cemerlang dalam kerja mereka? Jawapannya sama juga. Mereka memang cemerlang, sebab tu dapat jawatan tu. Siapa yang bagi cemerlang? Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran atau JPA. So, walaupun kita rasa mereka tidak cemerlang tetapi jabatan telah mengiktiraf kecemerlangan mereka. So, siapa kita untuk mempertikaikan perkara ini. (Eleh manusia punya kerja, mana perfect, izzit?). Satu lagi, dalam dunia ni tak payah le kita harap atau tunggu orang respect pada kerja kita. Memang akan ada yang respect, tetapi akan ada juga yang tak respect. Manusia adalah makhluk yang penuh misteri...he! he!

    So, selamat mencemerlangkan diri?

    ReplyDelete