Thursday, August 27, 2009

Datang dan Pergi

1. Maka tersebut alkisah GPK HEM di sekolah aku yang baru dapat transfer ke sekolah lain. So, selamat bertugas di tempat baru, semoga bertambah komited. Begitu juga, tahniah kepada Penyelaras Bestari yang akan mula bertugas di sini mulai naik cuti ini (mungkin).

2. Bagi aku di disini, entahlah, semenjak Cik Sherie (Bukan nama sebenar) tranfer ke sekolah lain di daerah yang sama, GPK HEM macam biskut chipsmore…kejab ada, kejab tak ada, kejab ada, kejab tak ada. Whatever, hidup perlu diteruskan, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

3. Hampir 4 tahun berada di sini...aku fikir, banyak perkara yang aku boleh baca berkaitan pemikiran rakan-rakan setugas di sini apabila ada isu kekosongan jawatan ini. Akan ada rakan-rakan yang mencaturkan atau meramalkan kenaikan pangkat atau pertukaran post di kalangan guru-guru. Dahulu, semuanya macam betul, kecuali dalam beberapa kes (termasuk dalam kes aku juga le). Tapi itu dulu, zaman awal SSM. But, now it's different. Sekarang, hasil dapatan kajian rambang aku, Jawatan Naik Pangkat di sekolah perlu disi oleh Guru DG 44 (Guru yang telah naik pangkat dari segi gred – kalau tidak silap). So, masalah kat sini kerana tidak ramai guru DG 44.

4. Pihak sekolah memang boleh mencadang, tetapi kalau pihak PPD ada calon dari sekolah lain yang mereka fikirkan lebih layak (lebih berkebolehan, dan lebih senior, misalnya), maka individu tersebut akan dipilih mengisi kekosongan jawatan tersebut.

5. Untuk makluman...pada 2004, dalam mesyuarat PPD dengan guru DG44 dan pemegang Masters/PHD, aku (masih guru penolong masa ni) diberitahu bahawa seorang guru telah mengkritik pihak PPD kerana tidak menawarkan jawatan di sekolah ini kepada guru di luar. Individu tersebut meminta supaya jawatan turut ditawarkan kepada guru di sekolah lain, dan alasan 'tak ada orang lain yang nak masuk ke sini' tidak boleh diterima. Malangnya individu tersebut turut menolak apabila ditawarkan jawatan ke sekolah ini. Mungkin dia dah selesa dengan jawatan sedia ada pada masa itu. Wallahualam.

6. Konklusi – bila banyak jawatan kosong yang masih tidak disi, sedikit sebanyak ianya turut menganggu perjalanan sekolah, khususnya dari aspek pentadbiran. So, harap-harap kami akan mendapat GPK HEM yang baru, GKMP Sains & Matematik, dan GKMP Bahasa dalam masa yang terdekat ini.


Arios..

1 comment:

  1. Betul ke GPK HEM kita dapat pindah? Bila masa dia apply? ataupun dipindahkan? Minta pindah ke...dipindahkan ke... janji BERPINDAH!!! Lega aku mendengarnya.... Lepas ni kita pakat2 buat kenduri pulut kuning ya. Selamat SMPL akhirnya. Harap2 lepas ni dapat HEM yg ok ler skit. Amin....

    ReplyDelete