Wednesday, September 16, 2009

Isu politik T'ganu kito lo ni...

Khabar angin tentang ADUN hendak lompat parti di Terengganu hangat diperkatakan semenjak akhir-akhir ini. Kali ini dikhabarkan 9, 10 atau 11 ADUN UMNO akan melompat menyertai PR (keADILan), seterusnya menumbangkan kerajaan BN Terengganu. Oleh kerana hal ini difikirkan menguntungkan PR, maka akhbar-akhbar yang Pro PR turut syok sama mensensasikannya. Maka ramailah penyokong PR yang teruja dengan berita ini (time ADUN kaorang melompat kat parti lain kaorang bising dan tuduh bukan-bukan…]

Sekiranya berita ini betul-betul berlaku, benarkan PR atau parti KeADILan akan beroleh keuntungan? Dari segi jangka masa pendek mungkin ya, namun untuk jangka panjang sukar dipastikan, bahkan rasanya ia memberi peluru meriam kepada UMNO dan BN untuk menyerang keADILan sebagai parti untuk orang kecewa, atau parti untuk orang merajuk, atau parti untuk orang kalah. [Come on beb...parti yang dikatakan pejuang rakyat...jangan perleceh hidup anda dengan melayan puak katak Gano ni]. Imej ini memang sudah cuba ditanam oleh UMNO dan BN semenjak keADILan ditubuhkan, tetapi rakyat terbanyak masih tidak termakan dakyah ini kerana ramai mengetahui isu sebenar di sebalik penubuhan keADILan iaitu akibat konspirasi peringkat tertinggi yang akhirnya berlaku penganiayaan terhadap DSAI. Tambahan pula, rekod perkhidmatan, dan kekuatan keperibadian, sahsiah dan sejarah perjuangan DSAI sukar digugat oleh UMNO dengan isu-isu tersebut.

KeADILan (kerana dikhabarkan ADUN2 tersebut akan melompat menyertai keADILan) diharapkan tidak sewenang-wenangnya menerima orang yang tersingkir dari parti mereka, kecewa tidak diberi jawatan, atau kalah dalam pemilihan parti mereka. Ini kerana dibimbangi mereka ini terdiri daripada kelompok oppurtunis politik. ADUN2 ala 'apek dan marjina (dalam Ali Baba Bujang Lapuk) ni juga jangan mudah diberikan sebarang jawatan dalam parti. Mereka ini sudah karat dengan budaya UMNO dan BN - payah nak cuci dah.Bayangkan jika puak ini menguasai keADILan nanti. Tidakkah parti akan hancur lebur dibuatnya. Selain itu, tindakan ini turut akan menyebabkan pendokong parti yang setia, yang benar-benar komited dan kompeten, yang terbukti telah berjuang dengan mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit dari awal terpinggir. Tidakkah keADILan akan rugi?

Memang keADILan perlu memperkuatkan parti tetapi bukan ini caranya. Persoalannya…adakah orang yang selama ini terlibat dalam pelbagai projek membazirkan wang rakyat, orang yang rakus mengumpul harta untuk diri dan kroni, dan secara langsung atau tidak langsung menganiaya rakyat [terutamanya bukan penyokong BN], perlu dimaafkan dengan begitu sahaja, diterima menjadi pemimpin, malah akan diberikan pangkat? [Banyak canteek muka kau]. Dan yang hairannya, takkan semudah itu penyokong keADILan berubah menyokong dan menganggap mereka sebagai hero pula [jangan haraplah]

Namun jika mereka yang masuk itu memang seorang yang berimej bersih, berintegriti, profesional, berjiwa rakyat dan bertindak untuk kepentingan rakyat, mampu melaksanakan amanah, tidak dipalit pelbagai skandal – terutamanya rasuah dan seks, bukan seorang pengumpul harta, bukan ahli kelab Korupsi, Kroni dan Nepotisme (KKN), berdaya juang dan berpendirian - tak kiralah mereka dianiaya oleh boss parti mereka atau tidak, maka kehadiran anda dalam keADILan amat dialu-alukan.

Fikir-fikirkanlah wahai orang-orang keADILan…..

3 comments:

  1. Lompat si katak lompat...
    Lompat tinggi-tinggi...
    Cepat en.abang cepat...
    Cepat lompat parti...

    OK tak? Hehehe

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN 1 SYAWAL, RAMADHAN BAKAL MENINGGALKAN KITA, SEMOGA MASIH DIBERIKAN KESEMPATAN OLEH-NYA UTK BERTEMU LAGI RAMADHAN YG MENDATANG...

    ReplyDelete
  3. Selamat bercuti, meneruskan ibadah puasa di siang dan ibadah lainnya di malam hari. Lepas tu Selamat Hari Raya Edul Fitri.

    Tak sangka kerajaan 1Malaysia akan beri cuti esok kepada sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Whatever, TQ Muhyidin...yang penting kito cuti tak berganti. Kalau berganti, tu yang aku tak berapa nak 'redha'.

    ReplyDelete