Monday, September 7, 2009

PRK lagi. Kali ni di Bagan Pinang.

Selepas PRU ke 12 lalu, aku fikir penggal inilah yang paling banyak (8 kali) menyaksikan PRK diadakan, dengan pelbagai sebab, daripada sebab kematian hinggalah ke sebab peribadi. Dalam 8 PRK itu, 7 kali dimenangi oleh Pakatan Rakyat, dan 1 dimenangi oleh BN (itupuk kat Sarawak beb). Tahniah kepada BN kerana berjaya mengekalkan kekalahan. Harap-harap kali ni kalah lagi. Kah! Kah! [Apa punya minyak kau pakai daa...sampai suwey 7 kali).

Aku fikir Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan kali ini. PRK terpaksa diadakan ekoran kematian ADUN kawasan itu, Azman Mohd. Nor semalam. Kawasan ini terletak di bawah parlimen Teluk Kemang yang diwakili oleh MP PKR, dan merupakan dua DUN yang terselamat daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac tahun lalu. 70% jumlah pengundi adalah kaum Melayu. Faktor yang paling utama yang dapat membantu kemenangan BN adalah faktor pengundi pos berjumlah 5000 orang. Walau bagaimanapun, kalau BN tersalah letak calon yang tidak dapat diterima – dari pelbagai aspek, atau anak ketua bahagiannya sendiri (kroni beb) misalnya, aku fikir parti itu akan kalah.

So, aku fikir, kalaulah BN menang nanti, tentu esoknya terpampang berita "Rakyat sudah cerdik dan Menyokong BN" atau "BN mendapat kepercayaan rakyat kembali" dan seanteronyalah.

So, Pakatan Rakyat berdepan dengan misi getir kali ini. Whatever, kalau Pakatan Rakyat menang kat situ, aku yakin 99% bahawa dalam PRU ke 13 nanti, BN akan bungkus.
Kita saksikan nanti....

2 comments:

  1. BUKAK LA PULAK HARAKAH. APA MEREKA TULIS JIKA PKR MENANG?HAHAHA...AYAT LAIN MAKSUD YANG SAMA JE..SAMA JE MENTALITI AHLI POLITIK NI BRO....BAWAK IDEALOGI MENJATUHKAN SESAMA SENDIRI..

    ReplyDelete