Friday, November 6, 2009

APC : Perang Dingin Dah Nak Bermula

Oleh kerana sekarang ini, setiap guru sibuk menyediakan SKT masing-masing, dan bergurau tentang sesiapa yang akan dapat APC, terdetik di fikiran aku nak bercerita tentang perkara ini. Kali ini aku nak membawa isu ini dari sisi lain untuk dikongsi bersama. So, andai ada yang tak gembira terimalah hakikat ini...

FAKTA PENCAPAIAN AKADEMIK SMKPL ADALAH BEGINI….

Pencapaian PMR semenjak sekolah dibuka
Faktanya;
1. Peratus pelajar lulus semua mata pelajaran (kelulusan PMR) terbaik – 57.22%
2. GPS terbaik – 3.03 (bermakna ramai yang dapat C secara purata)
3. Bilangan pelajar dapat A dalam semua mata pelajaran – 4 orang (tahun 2008), tahun sebelum itu paling ramai 2 orang atau seorang

Pencapaian SPM semenjak SPM terbuka (2001)
Faktanya
1. % pelajar dapat sijil – 98.37% (berasaskan kelulusan Bahasa Melayu)
2. % lulus semua mata pelajaran 42.70%
3. Bilangan pelajar dapat A dalam semua mata pelajaran – 0 orang
4. GPS – 5.97 (secara purata kebanyakan pelajar mendpat gred 6C)

Pencapaian STPM semenjak diwujudkan T6 (Mulai 2003/2004)
Faktanya
1. % pelajar dapat sijil penuh – 100% (ni satu rekod yang baik)
2. PNGK – 2.3
3. Bil pelajaar yang dapat A dalam semua m/pelajaran – 0 orang

Fakta lain
1. % guru yang mendapat skor taraf gemilang (90% ke atas) dalam pencerapan P&P (berdasarkan borang SKPM) – 0 orang
2. % guru yang mendapat skor taraf gemilang (90% ke atas) dalam pencerapan buku nota/latihan – 0 orang.
3. Penarafan sekolah secara keseluruhan SKPM – harapan (markah lebih kurang 75%)
4. Tahun ni – pencapaian kokurikulumpun tidak membanggakan. Pantun hanya mewakili Segamat, dan tewas di peringkat negeri dengan tiada bernombor (sebenarnya ada nombor, cuma selain dari kedudukan 1-3, orang tak nak ingat nombornya). Pidato anjuran Lembaga Hasil dan Pidato BPRpun tak ke mana. Badminton?Bola tampar? Bola baling? Out. Yang tinggal bola telur aje. Kah3.
5. Keceriaan – susah nak cakap. Pergi le mana-mana bilik, tengoklah sendiri.


Persoalannya yang perlu difikirkan:
1. Kalau kita menilai secara menyeluruh dan membuat perbandingan dengan sekolah-sekolah lain berdasarkan perkara-perkara di atas, layakkah kita mendapat markah cemerlang (90% ke atas) dalam penilaian prestasi tahunan, seterusnya mengondol APC tahun ini? [kalau dapat jangan tak ambil pula?] – adakah kita layak dalam kalangan orang yang tak layak? – atau kita layak disebabkan ada kuota untuk sekolah?)

2. Kalau kita seorang pegawai yang bertanggungjawab tentang penilaian prestasi di PPD atau JPN, apakah gambaran pertama yang mungkin terjelma di kepala hotak kita tentang guru-guru di sekolah itu apabila melihat data begitu. Memang le tak teruk sangat, tapi tak juga cemerlang izzit? Kena ingat…data atau angka sebenarnya menceritakan sesuatu!

3. Kalau orang bertanya "Apakah yang boleh awak (penerima APC itu tadi) banggakan dengan sekolah awak?", bolehkah anda menjawab dengan jujur.

So, aku bukan nak perli-perli, atau memperkecilkan orang yang pernah dapat sekali, dua tiga kali, akan dapat atau masih tak dapat-dapat lagi. Cuma bila difikirkan tentang APC ni...apa yang ada dalam gambaran minda aku ialah ada benar juga kata Dr Khir Toyo...satu konspirasi kakitangan awam untuk mengagihkan kuota saja. Dari segi tujuan pemberiannya untuk mengiktiraf sumbangan kakitangan, untuk memberi penghargaan kepada kakaitangan dan meningkatkan motivasi kakitangan dah jadi sebaliknya. Ramai yang hilang motivasi daripada menjadi kakitangan yang bermotivasi gara-gara APC ni.

Yang penting pada aku, SKT aku untuk memiliki tanah sebanyak 20 ekar menjelang umur 40 tahun dah tak kesampaian, kecualilah dalam masa sebulan setengah ni ada mana-mana orang kaya tetiba insaf, bertaubat dan berubah menjadi zuhud, lalu menyerahkannya kepada aku yang boleh dipercayai ini. Cewah! Whatever, aku sudah cuba. Barangkali jika aku ingat pesan arwah ayah aku supaya jangan percaya sangat dengan cakap beberapa orang kuat kampung (yang kebetulannya saudara aku juga), mungkin SKT aku dah tercapai. Masa tu harga tanah masih murah. Tiga ekar cuma belasan ribu saja - tanah kosong. Mungkin terlalu fokus untuk membeli semula tanah 10 ekar (milik ayah yang dijual kepada koperasi – akibat kegawatan ekonomi 1997/98) tu menyebabkan aku terlepas banyak peluang lain. Takpelah tak salah melayan permainan mereka. Sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu.

Kesimpulan dari idea asal aku tentang SKT tadi (tah macam mana boleh tercerita bab tanah pula). So, kepada rakan-rakan yang dapat penilaian markah tinggi (cemerlang le)... dari awal lagi aku ucapkan tahniah dan teruskan berusaha dengan lebih kuat untuk membalas kepercayaan, keyakinan dan penghargaan pihak pentadbir. Tolong jangan malukan pentadbir yang memilih anda. Ewah, siap ada amaran lak. Yang masih belum dapat JANGAN MENGAMUK, MEMBEBEL, MOGOK LAPAR, FRUST MENONGGENG DAN SEANTERONYA bila tidak dapat nanti. Sabau…..pentadbir bukan tak ada mata...

Sekian adonyo...
Masih ada masa untuk berubah...

13 comments:

  1. wahai tuan hamba datuk menteri smpl,
    hamba pacal yang hina merasa begitu insaf dengan nukilan hati sanubari datuk menteri itu.
    Hamba mengharapkan jangan hamba ini dicalonkan penerima apc atau ape2 jawatan.
    Walaupun hamba akan kecil hati tapi hamba pasti akan malu terutama kepada datuk-datuk menteri smpl.
    siapalah hamba nak mengharap.
    kalau menyebut pun kena kutuk aje.

    Tapi kalu azmi dan fie yang dpt hamba pasti x puas hati....
    ini boleh mencetuskan perang saudara...
    apatah lagi kalu wak pungut yang dapat...
    hidup PERDANA MENTERI SMPL!!!! (bodek ni)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Wa tahu motif cerita lu bro...lu nak mention about ur school tak cemerlang tapi ramai guru-guru yang perasan mereka cemerlang. Tu sebab masing-masing perasan mereka layak dapat APC (mungkin ada isu lain sebelum ni kot). Lu juga nak beritahu jangan sibuk hal APC, lebih baik buat kerja dengan ikhlas dan membantu sekolah meningkatkan prestasi akademik. Betul tu wa sokong lu. Wa pun tak minat dengan cikgu2 yang kecoh-kecoh bila orang lain dapat APC. So, wa ucap tahniah pada lu sebab sedar diri.

    Pada wa cikgu memang ramai yang bangang dan sensitif tak tentu pasal apabila ada isu terkena batang hidung rata diorang, termasuk tu cikgu yang bagi komen kedua tu (siapa dia? Lu fikir la sendiri). Sebab apa lu tahu? Sebab bila dah jadi cikgu, 99% cikgu fikir mereka tak perlu diajar lagi. ye la cikgu! Hakikatnya 8/10 dari cikgu tu ialah jenis yang cakap tak serupa bikin. Ajar student jangan bercakap bila orang lain bercakap, tapi dia (cikgu) sendiri bercakap apabila orang bercakap. Ajar budak supaya berbaris, dia (cikgu) sendiri potong que. Bila kita tegur, pelbagai reason dan dalih dibagi, termasuk akan menyerang peribadi kita. Pegii ra cikgu macam tu....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kan wa dah cakap...mereka akan menyerang peribadi kita...terbukti. Guru oh guru!

    ReplyDelete
  6. Ustaz...
    Alhamdulillah akhirnya ustaz dah insaf. Kah3. Sebagai Ketua spider, kawan hanya bertanggungjawab kat spiderman-spiderman saja. Bagi masyarakat Batman, Kluangman dan Superman, ana langsung tak boleh terlibat. Itu ibaratnya.

    Apa-apun...tunggu...tahun depan kita boleh tahu..(kalau ana tak pindah)

    ReplyDelete
  7. 1. APC tahun ni akan dapat pada tahun depan, so, tak timbul isu kalau dapat adakah komen ni akan timbul atau tidak. Memang kalau dapatpun cetusan idea ni dah keluarpun.

    2. Sasaran Kerja tahunan (SKT)memang berkait dengan APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang). Melalui SKT penilai
    pertama dan kedua akan menilai dan membandingkannya dengan pencapaian
    sebenar. Jika mencapai tahap dan melebihi tahap tersebut, maka pegawai tersebut akan diberi markah yang baik/tinggi dan melayakkan mereka mendapat penghargaan.
    (Goverment servant-dipanggil APC). Lain kali turun le ke kantin untuk dengar cerita-serita
    bermaklumat dari orang-orang (ramai) yang lulus 2 kali PTK ni. Jangan asyik main blog atau web sekolah je (kaedah buang masa secara
    profesional gamaknya)

    3. Persoalan berkaitan angka-angka macam tu, aku tak kata guru SMKPL tak pandai mengajar. terlebih pandai agaknya. Kah3. Aku cuma suruh
    bayangkan dan empati kalau kita duduk kat atas kat PPD atau JPN misalnya. Contoh mudah - Bila En Sahibul lihat data m/p SP cuma seorang lulus dalam percubaan SPM (ranking tercorot dlm Johor), demo ingat dia akan fikir puh bestnya sekolah ni..walaupun seorang lulus tapi yang tak lulus tu sebenarnya sengaja tak nak meluluskan diri sendiri. Ingat depa nak fikiaq macam tu ka?
    Sebaliknya aku yakin mereka akan kehairanan dan tertanya-tanya apa jenis cikgu ngajar sehingga seorang je yang lulus. Aku yakin itulah first impression mereka.

    4. Yang aku maksudkan kuota ialah setiap sekolah ada kuota masing-masing. SMKPL misalnya ada 6. So, kadang-kadang di sekolah (memang tak ada yang cemerlang - sebab yang cemerlang dah dapat) tapi sebab nak memenuhkan kuota maka 6 orang yang tak cemerlang itupun dicemerlangkanlah. Itulah yng sebenarnya banyak berlaku di sekolah. Itu juga pernah disuarakan oleh Dr Khir Toyo yang kata Anugerah Perkhidmatan Awam ni satu
    konspirasi kakitangan kerajaan. Maknanya kadang-kadang orang yang tak menunjukkan prestasi yang cemerlangpun akan dapat sebab kuota tersebut perlu dipenuhi dan biasanya digilir-gilirkan.
    5. Mungkin ini hanya satu metos tapi pernahkah saudara bersoaljawap
    tentang perasaan mereka yang pernah dapat APC (tentulah staf yang dapat
    prestasi tinggi)? Ramai yang kata "orang beri, kita ambil saja le." Apa
    makna itu semua. Ini bermakna staf yang dapatpun tak dapat nak berasa
    bangga (bukan riak) akan kejayaan tersebut. Bahkan ada yang takut-takut
    nak beritahu merekalah staf yang cemerlang tahun ini. Hal ini bukan
    berlaku di dua atau tiga sekolah, malah banyak sekolah. persoalannya
    mengapa hal ini berlaku. Jawapannya :sebab mereka sendiri sedar bahawa
    mereka tak layak. Kalau mereka rasa mereka layak tentulah tindakan
    mereka seperti orang yang betul-betul layak. So, ini bukan nak
    memperkecilkan orang lain tapi nak memperbetulkan sebenarnya. Sesiapa
    yang dapat, pastikan mereka merasa layak dapat dan beraksilah dengan
    selayaknya.
    6. Memang selalu Pengetua sebutkan bahawa yang diukur dalam SKT adalah
    proses kerja dan bukannya outcomes (produk-keputusan peperiksaan
    pelajar). Namun dari segi praktisnya...proses kerja yang baik akan
    menghasilkan outcomes yang baik juga...kecualilah jika berlaku
    manipulasi sistem. Maknanya guru yang yang melaksanakan pelbagai usaha
    (usaha ini akan diukur dalam SKT)yang benar-benar berkesan akan secara
    langsung dapat melahirkan pelajar yang boleh berjaya dalam akademik. 7.
    Sejak bila anda menjadi peminat Hakim Augustine Paul 'tak relevan'.
    Kah3. Untuk makluman radioburuk adalah lulusan pengurusan perniagaan.
    Subject human resourse management dia dah belajar. SKT berkaitan dengan
    tanah adalah tak relevan dengan SKT tugas rasmi. SKT atau KPI atau ape
    jua ko jadahnya selain daripada digunakan dalam kerjaya secara formal,
    ia juga boleh digunakan dalam kehidupan peribadi kito. Barulah
    dikatakan ilmu memanfaatkan hidup kita. Bukan nanti dikata orang tengok
    dah ada Masters atau PHD, tapi pemikiran ala budak tak lulus PMR.

    ReplyDelete
  8. den totap akan molancarkan porang saudaro kalau azmi ngan fie yang dapek apc. nanti diorang akan bolagak sopanjang tahun.

    kojo xlah baguih mano....

    bolagak yo lobih....

    komen ni khas untuk memanda perdana dan timbalannya.

    sekian. terimo kasih.

    ye...ye.....ye.....
    yahoo............
    nogori monang...
    kolantan gigit jari....
    hobin jang hobin....

    esei nak tanyo satu soalan bodoh.... hobin jang hobin tu makno eh apo????

    ReplyDelete
  9. Menurut yang empunya cerita. Hobin tu sebutan orang sengau atau pelat terhadap Robin (Robin Hood atau Robin Batman, pokcik tak tau le). Jang tu awak le. So, maksudnya kira-kiranya Robin awak tu robin (nak kasi depa perasan hero le). Itu translate secara hurufiah (lateral). Kah3.

    ReplyDelete
  10. hadoi pacik radio buruk klu dah tak tau tu jgn la memandai-mandai...kok den lompang karang ghebeh muko, nak???

    ReplyDelete
  11. Soalan tu bukan soalan bodoh (baca:mudah). Tu soalan killer bagi orang Johor macam pokcik. So, ekau tak bagitau maksudnya pung...camna pokcik dan ustaz bakal penerima APC 09 (insyaallah) tu nak tau. Kah3

    ReplyDelete
  12. sudah la rakan2 kita buat je la keje kite dengan cara yng terbaik dan ikhlas... Yang penting mendapat keberkatan daripada Allah...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete