Monday, October 12, 2009

Kemenangan Yang Tiada Makna

Apa maknanya kemenangan TS Isa dalam PRK Bagan Pinang semalam? Beliau berjaya mengalahkan calon Pas tewas dengan majoriti 5,435 undi. 11,157 pengundi atau 81.65 peratus daripada 13,664 pengundi keluar mengundi dan 223 undi rosak.

Bagi, pemimpin BN, kemenangan itu juga boleh dilihat sebagai;

1. Amat signifikan kepada BN, terutama ketika sedang berusaha memulihkan kepercayaan rakyat selepas kemerosotan sokongan pada pilihan raya umum 2008.

2. Kemenangan besar itu membuktikan kepercayaan pengundi Melayu, Cina dan India di DUN Bagan Pinang sudah kembali kepada BN.

3. Kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah menerima konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin?

4. Kemenangan ini disebabkan kemampuan BN menguruskan negara dengan berjaya.

Bagi aku...walau apa juga sebab kemenangan BN, dan punca kegagalan Pakatan Rakyat (PAS) di PRK tersebut dibicarakan namun aku fikir yang kalah sebenar-benarnya adalah RAKYAT MALAYSIA. Dalam dunia yang serba canggih ini, majoriti rakyat masih berlembut dan masih boleh mengangkat pemimpin yang terbukti terlibat dalam rasuah, atau politik wang sebagai wakil mereka. Bagaimana nak menjadi negara maju sekiranya rakyat tidak mementingkan kredibiliti dan integriti pemimpin? Nyatalah rakyat terbanyak (terutamanya di PRK tersebut) telah membuktikan bahawa mereka sudah semakin hilang kredibiliti dan integritinya. Kalau beginilah budaya masyarakat kita...bukan setakat Wawasan 2020, Wawasan 3030pun tak akan dapat dicapai....

3 comments:

  1. WAWASAN 3030 TU EKAU YG PUNYO, TUNGGU LA EKAU JD PM..TU PUN KALAU EKAU TAK DUK DLM KUBO LAIE LA...EKAU PANDAI NAK KOMPELN YO, OGHANG LAIN BEPOLOH KEMPEN, EKAU DUK KEK GHUMAH, CUBO2 LA G SANO NOLONG, ADO GAK PEKDAH NYO, TAK LA DEN BONGIH ATEH KEGAGALAN EKAU MENGHADIRKAN DIGHI JUMAAT MALAM SABTU YG LOPEH....

    ReplyDelete
  2. To John Doe...
    Insyaallah, di lain masa. Pokcik dah hantaq ramai geng kat sana buat mengalahkan Tan Sri Isa. Tapi apo nak buek, kat sana banyak anak keponakan dia saja. Penyokong PAS dari luaq yang banyak keja, PAS Toluk Komang tak ado banyak idea. Lagipun depa tak ada banyak pengalaman dalam PRK.

    ReplyDelete
  3. ala.. dah kalah tu dah la..
    tak kan tak puas hati kot.
    Allah dah kasi 7 kali menang, ok la tu

    ReplyDelete